become as mommy


Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 18, 2012

rindunye kat khaira jannah ni....






pagi ni khaira tgk mama g keje, smalam pon cam tu gak...sian die...tetibe rase cam nak bawak same jew g keje...
skang ni di dah 5++ months lah...she know surrounding...
smalam ptg blk keje aku jenguk kat umah pengasuh aka my sister in law ler...sblh umah jek...panggil lah name die...waktu tu di ngah main ngan her aunty or called 'ibu' katanye...
k
"khaira...khaira..."....  tetibe jew die toleh that the sound and try finding...then she crying lah yang mengade2 tuh...cam ni that sound like ehek..ehek..ehek...eeeee rase makin naughty my daughter nie...
now x leh nak tinggal kejap...bile she know x dek orang mule la menangis sekuat hati....hahahhaha macam ni mama dah x leh nak wat koje la anakndeku khaira.....

ape pon semoga anak mama sihat dan selamat sentiase.........orang yang pegang khaira dalam gambo tu daddy die...saje jek x nak masukkan harharhar...cam muke i x die.....huhuhu

Friday, December 7, 2012

bUaH HaTi MaMA La.....MoGa Jadi Anak YanG soleHAH, BijAk DAn BeriLmu....

This Is my lovely daughter...Khaira her name...sweeT riGhT????hehheheh perasan mama dier nih...time nih her almost 4++ months.....peace....
Time ni aku ngah wat hrmis...sistem yang sangat lembap lagi hampeh bile nak wat skt...akeh bye aku nak balik dah nak jupe my baby.........eeee rindu sgt kat khaira la.....






with love
-mama khaira-

Tuesday, November 27, 2012

Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah



1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Tuesday, October 16, 2012

present my lil lovely princess, mama miss u everytime...









wahai hati...akan ku cari kekuatan untukmu...

Kadang2 perasaan sedih datang secara tiba2 apabila kita teringat perkara2 yang mengguris perasaan..... Terasa lebih sayu bila kita tidak dapat berkongsi kesedihan yang dirasai dengan orang lain..... Orang lain di sini, sama ada kawan baik kita yang boleh kita percayai..... atau mungkin ibu kita... atau sesiapa saja yang boleh kita bercerita masalah kita kepadanya.
Mungkin mereka berada beribu-ribu batu jauhnya daripada kita atau mungkin ada sebab lain yang menyebabkan kita tidak dapat menghubungi mereka....
Apa pun.... apabila melalui saat-saat sukar dalam kehidupan kita seorang diri...... ingatlah ... Allah sentiasa ada si sisi kita....

sepertinye semangatku telah hilang...


 Bagaimana untuk menghadapi keadaan di mana hati kita telah disakiti oleh orang yang kita sayangi? tanpa dia menyedari...?. Orang itu boleh jadi kawan baik kita, pasangan kita atau sesiapa sahaja yang ada disekeliling kita yang kita kenal pastinya. Cuma mungkin sekiranya orang tersebut lebih rapat dan sangat sayangi... tamparannya lebih hebat.
           Biasanya, antara persoalan yang akan bermain di minda kita ialah," apa salah aku?" dan "kenapa perkara begini berlaku pada aku?".
Pertama sekali, tenangkan diri kita. ambil masa untuk berfikir dan muhasabah diri. Kalau menangis itu dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi , maka menangislah. Atau mungkin anda boleh meluahkan perasaan anda kepada seseorang. Tapi ingat! Bukan semua orang. Pastikan orang yang tersebut seorang yang boleh dipercayai dan dapat membantu anda mengurangkan masalah anda dan bukannya menambahkan lagi masalah.
Kedua, setelah berfikir dan bermuhasabah diri, belajarlah menerima hakikat bahawa diri kita telah dikhianati. Ini sangat penting kerana selagi kita tidak dapat menerima hakikatnya.... kita akan berada dalam keadaan yang tertekan kerana kita cuba untuk menafikan apa yang telah berlaku dalam hidup kita. Dengan kata lain ... redha... dan anggaplah ini adalah ujian dari Allah untuk kita.
Ketiga, bangkit dengan kadar segera (jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk mengembalikan semangat yang telah hilang). Mungkin lebih mudah untuk mengatakan dari mengotakan. Tapi kenapa harus terus-terusan menangisi perkara yang telah berlaku?.  Anda berhak untuk hidup ceria.
Akhir sekali ... berfikiran positif sentiasa. Pada mulanya tentulah agak sukar..... tapi dengan usaha... anda pasti boleh.
Pilihan ditangan anda.... kalau ceria itu lebih bermakna... kenapa mesti berduka? .......

Wednesday, June 13, 2012

2week to go....

ari ni dah masok 38 weeks preggy....rase letih dah terasa....tiap2malam duk urut tapak kaki nak legakan skit bengkak kat kaki...baby pon semakin x reti nak dok diam2, mase menaip ni pon die dok tendang2.....keje pulak banyak...baby duk diam2 dlu ye..jgn kuar dlu mommy nak sattle kan sume keje....masalah aku skang ni klu dah ponat nak wat keje pon malas....
doc remaind me supaya bersedia jek waktu2 mcm ni coz bby leh kuar bile2 mase....barang2 nak wat g sepital sume aku dah packing...hopefully jgnla bby kuar time aku kerje....klu bole kuar la waktu daddy die ade kat umah ye...nt mommy mesti rindu bby kat mase dlm pewot ni.....
ape lagi yang aku x prpare kan untuk menyambut org baru ni yek??...rasenye sume pon dah aku sdiakan... rase seram semakin hampir lah...tapi rase x sabar tu pon ade nak tgk si kecik yang selalu gerak2 dalam pewot nie....x sabar nak tgk die...ikut mommy ke ikut daddy die yek...hehehhehe...
bab memberi name...name tu dah ade...setelah d persetujui dgn my hubby klu anak yang kuar nanti gigirl die lah yang bagi name, tapi klu boboy aku lah yang kene bagi name....adil kan???? nnt x yah nak gado2...
ok lah nak sambung wat keje...ntah bile gaknye nak hupdate blog ni lagik yek.....
bAIBAI....

Sunday, May 13, 2012

Hargailah AnugerahNYA..

Di sebalik kelemahan kaum wanita, tersembunyi seribu satu rahsia yang Allah anugerahkan kepada makhluk ciptaan-NYA yang bertuah ini. Anugerah itu tidak mampu diterjemah dengan kata-kata sebaliknya ia hanya mampu disingkap oleh wanita yang benar-benar melalui keperitan sebagai seorang muslimah sahaja. Mereka ini, bukan insan yang terpilih, sebaliknya mereka ini adalah wanita yang dijanjikan kemuliaan dan darjat yang tinggi di sisi Allah hanya kerana kesetiaan perintah sang pencipta. Siapakah Muslimah dimaksudkan? Muslimah tidak pernah akan sama dengan wanita, biarpun dua perkataan " Muslimah" dan "wanita" mempunyai maksud yang serupa tetapi hakikatnya ia berbeza. Dalam dunia ini bilangan wanita sentiasa melebihi mengatasi lelaki. Namun siapa sangka nisbah yang dikatakan besar itu hanya gah pada "angka" sahaja ,secara dasarnya tiada apa yang boleh dibanggakan. Dalam Al-quran Allah mengangkat darjah wanita dengan berkali-kali menegaskan mengenai kewajipan dan kesamaan hak golongan bertuah ini. Malah terukir penuh sejarah golongan ini dalam suran " An-Nisa" yang bermaksud wanita. Meskipun begitu, tidak ramai wanita yang menghargai pengiktirafan tertinggi oleh Allah kepada mereka sebaliknya mereka hanya lebih gemar membiarkan nilai diri yang sebenarnya terlalu berharga menjadi harga diri yang susut nilainya. Wanita yang menghiasi dirinya dengan sifat pemalu, kesopanan budi bicara, keindahan akhlak dan mahal harga diri tidak boleh ditandingi oleh wanita lain. Mereka ini sedaya upaya melengkapi kekurangan diri dengan tuntutan agama. Mereka tidak mudah melayani segala rayuan mahupun pujian yang boleh meruntuhkan pendiriaan, tetapi terus utuh berpegang kepada prinsip agama sebagai bekalan menuntut janji dari Allah di akhirat kelak. Mereka itulah muslimah. Mahalkan harga dirimu Arus permodenan yang semakin menghambat manusia kepada keduniaan, adalah pemusnah utama wanita . Lihat sahaja pada hari ini bertapa kemodenan yang kononnya menggambarkan kemajuan sebuah bangsa umpama pedang yang sentiasa menunggu mangsanya. Islam tidak pernah menolak kemodenan malah menyeru umatnya untuk sentiasa kehadapan dalam pelbagai perkara ,malangnya faktor ini tidak difahami secara mendalam oleh kebanyakkan kita. Wanita abad ini seakan semakin hilang sifat malu seolah-olah menolak fitrah . Aurat mereka sengaja didedahkan untuk menjadi bahan bakar diakhirat kelak. Pergaulan mereka tidak lagi dipagari oleh batas-batas agama, apatah lagi mahu menjaga maruah diri, Semunya dianggap sebagai "kebebasan" , soal agama pula hanya dijadikan alasan sebagai kolot dan pembeban hidup. Mencabar hukum yang telah ditetapkan Agama umpama sengaja menempah derita. Ungkapan sebegitu mungkin tidak keterlaluan untuk ditujukan kepada golongan wanita yang semakin ego mencabar Allah. Buktinya , kaum hawa semakin ligat "memperjudikan" larangan-larangan agama tanpa segan silu mengulanginya. Melahirkan anak luar nikah angkara sumbang mahram sudah menjadi kebiasaan , ia bukan perkara yang memeranjatkan . Menonjolkan "kecantikan" sehingga membelakangi batas syariat pula perkara biasa, maka tidak perlu hairan jika mendapat tahu wanita kian lebih kehadapan dalam serba serbi serbi tingkah laku, semuanya sudah menjadi gaya hidup yang tidak mampu dipisahkan. Platform terbaik untuk wanita islam menunjukkan taring mereka dapat di lihat di Institusi Pengajian tinggi . Perkara ini tidak boleh dinafikan lagi kerana ia benar-benar berlaku dalam kalangan wanita pada hari ini. Jika diteliti, sosial kaum wanita di universiti perlu dirawat segera. Saban hari, kegilaan mereka untuk menagih perhatian semakin melarat. Jika dahulu asalnya bertudung labuh kini telah disingkatkan, dari seorang yang biasa kini sudah memakai wangi-wangian, pergaulan tidak lagi dikawal, malah berpeleseran berlainan jantina sudah dijadikan rutin harian. Paling menyedihkan, kaum hawa terus membiarkan "imej" sebagai umat islam dicalari dengan ikutan budaya luar. Tidak ramai yang memelihara keistimewaan yang dikurniakan Allah kepada mereka. Tatkala agama islam sangat mengharapkan pemuda dan pemudinya menyuburkan kembali hidup yang penuh dengan kelazatan bersyariat, umatnya pula seakan-akan sengaja mengabaikannya. Kesimpulannya , dimanakah tanggungjawab kita? Cabaran sebagai Muslimah Menyusuri kehidupan sebagai seorang muslimah bukanlah indah seperti yang dijangka .Cabaran yang mereka lalui begitu getir, tidak mampu untuk ditafsirkan dengan kewarasan akal. Namun di sebalik cabaran itu terselit 1001 keredhaan dan Rahmat dari-Nya. Mereka juga asalnya hanya wanita biasa di dunia ini, tetapi mengapa coretan kisah mereka sehingga terpahat dalam al- quran? Mari kita selongkari perjalanan wanita-wanita pilihan Allah . Mereka misalnya Siti Maryam yang hidupnya penuh zuhud dan taat beribadah kepada tuhannya. Suatu masa tanpa disangka-sangka Allah telah menguji wanita mulia ini dengan ujian yang hebat. Wanita syurga ini dikhabarkan oleh Malaikat bahawa dia bakal melahirkan anak yang cukup istimewa tanpa sentuhan dari seorang bapa. Siti Maryam menyambut berita itu dengan hati yang penuh tawaduk dan pasrah kepada sang pencipta .Biarpun sedar fitnah bakal menimpa dirinya , tetapi ia tidak dijadikan alasan untuk berpaling dari perintah Allah. Tanpa sebarang perkahwinan mana mungkin bagi seorang putri melahirkan seorang anak , apatah lagi untuk insan sepertinya mempunyai hubungan yang mengundang dosa yang dimurkai Allah, tetapi bagi Siti Maryam Allah lebih mengetahui segala-galanya . Tatkala mengabdikan diri dalam munajat dan ibadahnya, Siti Maryam menadah tangan menagih perhatian tuhannya, lalu berdoa, "Tuhanku, apakah aku akan melahirkan seorang anak, sementara tidak ada seorang pun yang menyentuhku"? Debaran semakin dirasai oleh Siti Maryam , Jiwanya menanti jawapan penuh harapan dari yang Esa. Maka Allah menjawab pertanyaan insan penuh istimewa ini melalui perantaraan malaikat-Nya, "ALLAH menciptakan sesuatu yang diinginkan-NYA. Dan anak yang akan kamu lahirkan ini akan mempunyai keistimewaan. Dan di antara keistimewaannya adalahdia akan berkata kepada manusia ketika masih dalam buaian." Perjalanan akhir wanita ini menyingkap seribu satu erti kesetiaan . Ya, inilah kesetiaan yang perlu ditanam dalam jiwa setiap dari kita untuk terus taat kepada Perintah Allah. Mengapa perlu kita terikut-ikut dengan budaya "kafir" yang meruntuhkan nilai wanita islam? Dari soal pakaian sehinggalah aspek pergaulan, wanita islam di Malaysia khususnya jelas jauh ketinggalan . Bukan ketinggalan kerana masih mengekalkan syariat islam, sebaliknya mereka semakin jauh dari fitrah asal kejadiaan iaitu sifat "malu" . Kerana hilang sifat inilah yang membuatkan islam kehilangan "aset" yang amat berharga. Generasi muslimah yang ditungu-tungu untuk mengibarkan semula sejarah "kehebatan" wanita yang diukir dalam Al-quran masih menyepi tanpa sebarang suara. Tewas sekali lagi Kepuasan jelas terpancar pada raut wajah musuh-musuh islam yang setia menanti kekalahan umat islam. Kemenangan sudah pasti berpihak kepada mereka tatkala melihat wanita islam terikut-ikut dengan gaya hidup yang dianjurkan mereka . Status sebagai umat islam tidak lagi menggentarkan mereka , ia bukan lagi ancaman yang menggerunkan, sebaliknya musuh-musuh islam hanya tertawa melihat kepada "kebodohan" umat islam yang begitu mudah dipengaruhi. Sejarah tumbangnya kegemilangan islam pada zaman Turki Uthmaniah pada suatu ketika dahulu belum menyedarkan kita. Sejarah yang begitu perit untuk ditelan seakan mahu berulang lagi. Kali ini kita kecundang tanpa pertempuran, tetapi kecundang kerana tidak ada pendiriaan. Kita seolah-olah masyarakat yang begitu mudah untuk diperkotak-katik dan terus diperalatkan . Ironinya, jalan penyelesaian kemudharatan ini hanya dapat diselesaikan oleh mereka yang sanggup mengharungi liku-liku hidup sebagai seorang muslimah. Artikel iluvislam.com

jiwa terasa 0.....

Duhai insan,
Jiwamu terasa kosong?
Perlu peneman,
Kekasih hati yang prihatin,
Pengisi jiwa ragamu itu.
Tapi tahukah kamu,
Cinta yang kamu dambakan itu menyakitkan.
Sering pula ia mengecewakan,
Selagi dia belum halal untukmu,
Selagi itu ia menyeksakan jiwamu.
Kamu dan dia belum ada ikatan,
Itu hakikat!
Meletakkan harapan...
Hanya bakal mengundang kekecewaan demi kekecewaan,
Kerana semuanya, masih tiada kepastian.
Hatimu kosong?
Isikanlah hatimu itu,
Jangan biar kekosongan menyelubung dirimu,
Berimanlah.
Yakinilah.
Bahawa Dia itu sentiasa dekat,
Amat-amat dekat,
Amat amat amat dekat.
Dia tahu kamu sedang berduka,
Dia Maha Tahu betapa berat ujian yang menimpa,
Dia mendengar segala rintih jiwamu itu,
Dirimu itu milik-Nya,
Dan pada-Nya jua ada pengubat jiwamu yang lara.
Isi hatimu...
Dengan cinta-Nya,
Syukurmu atas nikmat-nikmat yang kamu peroleh tidak terhitung jumlahnya.
Pengharapan yang kamu gantung hanya pada-Nya.
Sungguh,
Ia dapat menenangkan jiwa,
Setenang-tenangnya.
Bertawakkallah kepada-Nya
Yakinlah,
Dia punyai aturan untukmu,
Dan pastinya ia yang terbaik!
Sedang manusia itu hanya mampu bersangka-sangka...
Duhai insan,
Isi hati kecilmu itu...
Kerana sesungguhnya Dia sentiasa ada...!

Tuesday, February 7, 2012

my baby first movement

assalamualaikum....hye..hye...kat ne g kan aku nak luah kan kegembiraan bakal menjadi seorang mommmy...walaupon x dek org nak bace my N3 ni, but at least....aku bole bace balik pas2 nieh...hahahahha

kalau ikotkan this week dah minggu ke 20 preggy=5 months and just around 4 months ++ tuk deliver...doakan yek...semuanye selamat seperti yang di rancang...amin....
aku risau gak nak over excited, tapi...sebenarnye aku excited gak sorang2 je la...orang lain x tau pon...kecuali ado org lain telah sekodeng N3 aku ni.....

start end of last week aku dapat merasakan kebesaran tuhan yang maha agung....Ya Allah, besarNya Kuasamu...sambil hati keriangan dan mengucapkan syukur tak terhingga....
this experience just happen to all mommy ok....kawan2 banyak bagi advice,jage baik2.., jangan buat kerja berat2, jangan letih sangat, elakkan jalan jauh...n bla bla bla...tapi kalau nak ikot sume x belajar la sume student aku....

bile kite preggy ni, isu sensetif ni mmg biase la kan....tapi x sume orang memahami perasaan ibu-ibu mengandung...kesian aku...x pe la, naseb bek ade ALLAH n mybaby.....

before this aku ade scan kat KK, tapi x dpt nak tgk screen tu sbb fix, jadi aku cam org bodo ar x nampak pape...ape ar doc tu...cisss....ape yang penting my baby sihat...allhamdulillah...

firstly aku rase macam geli2 ar ade bende gerak2....korang dapat bayangkan x...ade bende gerak2 dekat dalam perut korang....ieee...mesti cam geli2 kan...
tapi lame2 aku rindu gerakan tu, kalau boleh time aku x tdo, nak gerak...gerak la...tapi jangan la kamu bergerak2 time mama nak tdo...sian mama...

skang ni aku banyak menghabiskan waktu2 terluang selepas isya' dengan mengusap2 perut aku sambil berdoa dan berinteraksi ...aku rase tenang bile aku buat macam tu...
mak aku selalu memerhatikan aku sambil tersenyum...heheh kekadang malu gaks....tapi aku suke n sekarang dah jadi habit, kat dalam kelas tu siap usap perut ag depan student, naseb bek ajar student yang dah besar mereka more understand...kalu ajo bdak sekolah...mesti banyak tanye...tak kuase nak jawab...

semester ni aku kene ngajar programming C++, subjek yang aku x suke mase kat u dulu....mmmm nak buat cam ne sume orang x mo ngajar ini subjek, jadi aku lah orang yang istimewa dan telah pon terpilih untuk ajo subjek ni....so skang ni aku nak studi sblm masuk kelas....kang dak2 tu tanya macam2 naye aku x boleh nak jawabnye...dah babai dulu.....
assalamualikum...
ade mase aku tulis ag..