become as mommy


Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 16, 2012

present my lil lovely princess, mama miss u everytime...









wahai hati...akan ku cari kekuatan untukmu...

Kadang2 perasaan sedih datang secara tiba2 apabila kita teringat perkara2 yang mengguris perasaan..... Terasa lebih sayu bila kita tidak dapat berkongsi kesedihan yang dirasai dengan orang lain..... Orang lain di sini, sama ada kawan baik kita yang boleh kita percayai..... atau mungkin ibu kita... atau sesiapa saja yang boleh kita bercerita masalah kita kepadanya.
Mungkin mereka berada beribu-ribu batu jauhnya daripada kita atau mungkin ada sebab lain yang menyebabkan kita tidak dapat menghubungi mereka....
Apa pun.... apabila melalui saat-saat sukar dalam kehidupan kita seorang diri...... ingatlah ... Allah sentiasa ada si sisi kita....

sepertinye semangatku telah hilang...


 Bagaimana untuk menghadapi keadaan di mana hati kita telah disakiti oleh orang yang kita sayangi? tanpa dia menyedari...?. Orang itu boleh jadi kawan baik kita, pasangan kita atau sesiapa sahaja yang ada disekeliling kita yang kita kenal pastinya. Cuma mungkin sekiranya orang tersebut lebih rapat dan sangat sayangi... tamparannya lebih hebat.
           Biasanya, antara persoalan yang akan bermain di minda kita ialah," apa salah aku?" dan "kenapa perkara begini berlaku pada aku?".
Pertama sekali, tenangkan diri kita. ambil masa untuk berfikir dan muhasabah diri. Kalau menangis itu dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi , maka menangislah. Atau mungkin anda boleh meluahkan perasaan anda kepada seseorang. Tapi ingat! Bukan semua orang. Pastikan orang yang tersebut seorang yang boleh dipercayai dan dapat membantu anda mengurangkan masalah anda dan bukannya menambahkan lagi masalah.
Kedua, setelah berfikir dan bermuhasabah diri, belajarlah menerima hakikat bahawa diri kita telah dikhianati. Ini sangat penting kerana selagi kita tidak dapat menerima hakikatnya.... kita akan berada dalam keadaan yang tertekan kerana kita cuba untuk menafikan apa yang telah berlaku dalam hidup kita. Dengan kata lain ... redha... dan anggaplah ini adalah ujian dari Allah untuk kita.
Ketiga, bangkit dengan kadar segera (jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk mengembalikan semangat yang telah hilang). Mungkin lebih mudah untuk mengatakan dari mengotakan. Tapi kenapa harus terus-terusan menangisi perkara yang telah berlaku?.  Anda berhak untuk hidup ceria.
Akhir sekali ... berfikiran positif sentiasa. Pada mulanya tentulah agak sukar..... tapi dengan usaha... anda pasti boleh.
Pilihan ditangan anda.... kalau ceria itu lebih bermakna... kenapa mesti berduka? .......