become as mommy


Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 1, 2011

Tutorial pertamaku: cara ubah posisi widget

weh..tadi aku godeh2 cam ne nak ubah posisi widget ni...pening kepala aku memikirkannye....coz aku nye doa bertindih lak ngan aku punye super cutie tu...huhuhu
so ni cerita kalau korang nak ubah kedudukan widget korang yang cute tu..

Untuk ubah kedudukan widget, cuma tukarkan left kepada right atau bottom kepada top pada kod widget tersebut, seperti yang di highlightkan di bawah..


kat position .....fixed;bottom:opx;left:2px;"....

oke tu dieh...selamat mencube ye...;)

Thursday, June 30, 2011

nak share resepi kek coklat kukus yang super sedap


hai...smlam kan actually i da reka2 then nak post ini resepi, but Bad Request 400 la pulokk...
tapi ape pon aku nak gak share resepi ni, resepi ni pon aku search ket tenet beberape taun yang lalu...

Bahan-bahan ( tok loyang 8 in )•1 cawan gula perang
•1 cawan susu segar perisa coklat
•1 cawan minyak
•3/4 cawan serbuk koko
•1/2 cawan susu pekat manis
•1 1/4 cawan tepung gandum
•1 sudu teh soda bikarbonat
•1 sudu teh baking powder
•3 biji telur

Cara-cara

1.Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
2.Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
3.Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
4.Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
5.Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
6.Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
7.Angkat dan sejukkan

yang ni korang kalau nak wat topping nye resepi...

Ganache 1
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...tuang kat kek coklat tadi.


Ganache 2 (by Alex goh)

300 gm krim pekat/putar
500 gm coklat masakan(cincang halus)
30 gm mentega

1) Cincang coklat masakan kecil-kecil.
2) Panaskan krim hingga mendidih. Angkat.
3) Masukkan coklat dalam krim dan kacau hingga coklat cair.
4) Biarkan ia sejuk beberapa jam sebelum digunakan.

untuk finishing lehlah main tabur2 chocolate rice ke, smarties ke...ikut la kreativiti yang korang miliki...

Monday, June 27, 2011

copy paste from azli shukri blog's


lagi2 ptptn....

Isu PTPTN
UMNO Mungkin Kecundang PRU-13



Sekiranya UMNO/BN tidak segera menyelesaikan masalah yang sedang membelengu para peminjam PTPTN, saya fikir undi orang muda mungkin tidak mampu untuk membantu kemenangan BN/UMNO dalam PRU-13 yang akan datang. Isu pinjaman PTPTN yang membebankan pelajar, bakal dimanipulasi oleh Pakatang Pembangkang bagi memancing undi generasi muda untuk memilih Pakatan Rakyat berbanding BN/UMNO. Pada hemat saya, sudah tiba masanya kerajaan, menghapuskan terus pinjaman PTPTN dan menjadikankan sebagai biasiswa. PTPTN sememangnya membebankan - bukan semata-mata kerana "faedah" yang dikenakan, malah ia tanpa sedar telah mewujudkan generasi muda yang berhutang keliling pinggang. Baca tulisan Mohd Aizat Mohd Salleh di bawah :

1. Ketika bergelar mahasiswa dahulu, saya berkesempatan bertemu pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Antara mereka Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, ahli parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria dan timbalan menteri pelajaran, Datuk Puad Zakarshi.

2. Mereka ini adalah pemimpin yang kerap menyebut perihal mahasiswa dan anak muda sama ada di dalam parlimen, mahupun di pentas politik. Selain berbincang mengenai isu dan agenda mahasiswa serta anak muda, saya akan menanyakan soalan perihal Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Soalan saya, “Kenapa anda tidak memperjuangkan untuk menghapuskan bayaran balik PTPTN apabila memerintah?”

3. Itu soalan cepu emas. Jika menyebut perihal pinjaman ini, sebut sahaja mahasiswa mana, pastinya akan tertekan dengan perkara yang 'mengikat' mereka. Bayaran balik, kadar faedah yang tidak jelas, serta isu riba yang diharamkan Islam.
Undi Pakatan

4. Saya terfikir, seandainya Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang ini, meletakkan antara salah satu daripada manifestonya kepada mahasiswa atau anak muda ialah, menghapuskan bayaran balik pinjaman PTPTN, saya kira paling kurang 90 peratus mahasiswa mengundi Pakatan. Mungkin idea itu terlalu tinggi untuk dicapai. Memandangkan negara mengalami kemerosotan ekonomi dan beban hutang, mana mungkin untuk membayar semula pinjaman ini.


5. Apabila saya meneliti, PTPTN memerlukan hampir 13 bilion untuk menampung satu-satu sesi kemasukan pelajar ke IPTA mahupun IPTS. Sekurang-kurangnya, menurut statistik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), hampir 40 ribu mahasiswa berdaftar untuk kemasukan ijazah pertama setiap tahun di seluruh negara.


6. Realitinya, dengan pertumbuhan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bagaikan cendawan selepas hujan, yang kebanyakannya berorientasikan perniagaan, PTPTN mendapati peluang ini adalah paling besar untuk melabur. Dan hakikatnya, pinjaman PTPTN boleh membenarkan sesiapa sahaja pelajar untuk meneruskan pengajian di peringkat tinggi, dengan pendapatan keluarga minimum 4 ribu ke bawah. Pendidikan percuma


7. Seingat saya, gagasan pendidikan percuma mula diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat tatkala berkempen dalam pilihan raya umum ke-12 (PRU-12) yang menyaksikan keberjayaan mereka menguasai lima buah negeri. Ini bermakna, slogan pendidikan percuma sangat relevan kepada rakyat. Soalnya, bagaimana praktikalnya agenda ini? Jika ia dapat direalisasikan, maka idea memansuhkan bayaran semula PTPTN adalah turut termasuk dalam perjuangan ini.


8. Bermula hari ini, Pakatan Rakyat perlu memikirkan bagaimana mekanisme untuk memperjuangkan pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi. Cuba bayangkan hampir 80 peratus anak muda di IPT kesemuanya berumur 21 tahun dan keatas dan layak mengundi.


9. Ini bermakna, sesiapa sahaja, Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional, seandainya memperjuangkannya, maka undi anak muda atau mahasiswa sudah berada di dalam genggaman. Soalnya, Pakatan Rakyat haruslah mendahului dan segera bertindak berbincang bersama anak muda dan mahasiswa dan segera mencari jalan keluar dan penyelesaian.




Penulis adalah setiausaha agung, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan boleh dihubungi di aisal_daruliman@yahoo.com

hey u PTPTN...aduyaiiii


mmmmm mase nak meminjam mmg x hengat....bes dpt duit banyak, tapi x dek lah banyak sangat ade la > < seribu stgh bole la wat enjoy katak sekejap pas tolak sume caj lah n jugak yuran2 yang sewaktu dengannya...
smlam bru dpt memo...dieorang ni nak trace org2 yang keje ngan gov ni...nak tak nak kena lah isi...mak penah pesan..."utang mesti d bayar, lagi2 utang belajar..." ye la mak kite baya kite baya, tapi bayar bunge jek...sbb ptptn ni btol2 mahal gile...kekadang menyesal pon ade wat pinjaman ni...tapi aku grade pon gne duit ni gak...
mmmmm, aku x nak satu ari nnt bile aku ade anak die akan menerima naseb seperti ku yang mase kecik2 kork tabung, bile besar x dek duit nak belajar....
hahahahhah....

dah aku malas cite pasal utang ni....
babai...
jap2...
p/s: yang belom bayar sile bayar ye...bawa ke mati wooooo..

Sunday, June 26, 2011

monday blues.......

ari ni sampai penang dlm kol 6 stgh pagi, turun kat butterworth then ambik teksi tok balik umah terus....wooo wa mau terkencing ni, mintak pakcik teksi benti kat pump station...pas tu..sssshhhshh...leger giler lah cam nak meloncat2 kegembiraan tu....
bayangkan 11.30 mlm ~ 6.30 pagi dr jb sampai penang penuh dah tangki...dok asyik minum jek keje nye dlm bus...di tambah dgan kesejukan melampau-lampau, bus plak tu x berenti2...may b aku ttdo mase die berenti gaknye....moral of the stori, g tmpt driver terus then mintak die berenti jap nak membuang (jangan segan silu)

dah x dek mood nak tulis
babai!!