become as mommy


Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 22, 2011

assalamualaikum...


lalalalalala.....ai guys n dude...ari tu i de benda kan yang nak i share bersama u all...ni pon i terbaca dari sumber website yang boleh dipercayai lah....
u all igt ka pe die....mmm x pe x pe biar i cube teka....
mmmm cam ne nak dpt bb boi kan....
cam ni care-carenye....

Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:

1. Makanan yang berasid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan oleh isteri selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan. Juga banyakkan makanan beralkali seperti ulam2 (yg pahit tanda beralkali).

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah- kaedah mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk laman Kesuburan dan Kemandulan.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan "douching" atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses "layering", atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bilamelahirkan anak perempuan.

5. Jangan adakan seks 3�4 hari sebelum hari 'ovulation' iaitu kira-kira 14 hari dari hari pertama haid. Terus melakukan seks pada hari 'ovulation' atau 24jam sebelum 'ovulation'. Suami perlu pakai seluar dalam yg longgar. 1 jam sebelum seks, suami perlu minum kopi - ini utk mencergaskan benih XY (lelaki).


ni ade extra vaganza ag...
care-care nak dpt bb gurl....

Merancang anak perempuan
Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis panduan berikut;

1. Digalakkan isteri memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari
hari "ovulation" yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman "Kesuburan dan Kemandulan"

3. Melakukan "douching" dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

4. Lakukan seks setiap hari dari hari 1 ke 5 selepas haid berhenti, kemudian berhenti 3 hari sebelum 'ovulation'. Suami perlu mandi dengan air panas-suam sejurus sebelum seks - ini utk mematikan benih XY (lelaki) supaya yg tinggal majoriti benih XX (perempuan). Semasa seks, perempuan tidak perlu sampai ke peringkat 'orgasm' (anzal) kerana ini akan merembeskan alkali pada faraj dan menyebabkan benih XX (perempuan) cepat mati.

Kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu. selamat mencube untuk i n u all yang ingin kan bb ....bye2...




~Wif luv*aida*~

No comments:

Post a Comment